Sejarah Sekolah

 

LATAR BELAKANG DAN SEJARAH RINGKAS 
Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin , Bukit Mertajam ( SMSTSSS ) pada mulanya
dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Pulau Pinang , telah ditubuhkan pada tahun 1973 .
Memandangkan bangunan sekolah masih dalam proses pembinaan , maka pelajar - pelajar sekolah
ini telah ditumpangkan di beberapa buah sekolah iaitu :
Sekolah Menengah Penang Free - Tingkatan Empat (lelaki)
Sekolah Menengah Perempuan St. George - Tingkatan Empat (perempuan)
Sekolah Menengah Kampung Bahru - Tingkatan Satu (lelaki dan perempuan ). 

Pada awal tahun 1974 , barulah pelajar - pelajar dipindahkan ke sekolah ini apabila bangunannya
telah siap sepenuhnya pada 14 Januari 1974 .

Sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang baru dibina , SMSTSSS ( SMSPP ketika itu ) mengalami pelbagai kesulitan dari alat kelengkapan bilik - bilik darjah dan pejabat , kemudahan permainan dan asrama serta kelengkapan di makmal . Namun semangat gigih , kesabaran dan ketabahan yang ditunjukkan oleh pihak pentadbir , guru - guru , pelajar - pelajar serta kakitangan sokongan yang lain dalam menghadapi suansana yang serba kekurangan ini amatlah membanggakan .
Pentadbir sekolah pada masa itu dikendalikan oleh Encik Harun bin Hassan dengan dibantu oleh Encik Azmi bin Zakaria .

Pembinaan bangunan SMSTSSS ini bermula sejak tahun 1972 lagi . Ia di dibina di atas bekas kawasan ladang getah ( Ladang Getah Alma ) seluas 30.2 ekar dengan perbelanjaan kira -kira RM 2,290,625,00 . Dalam Rancangan Malaysia Keempat , sebanyak Rm 5 juta lagi telah diperuntukkan untuk sekolah ini bagi kerja- kerja pembinaan bangunan tambahan dan pembelian tanah seluas 19.874 ekar , bagi membolehkan ia berkembang sesuai sebagai sebuah sekolah berasrama penuh . Pada 14 Januari 1974 , barulah bangunan - bangunan sekolah siap dan diserahkan secara rasmi kepada pihak pentadbir sekolah oleh Jabatan Kerja Raya .

Pengambilan pelajar- pelajar bermula pada awal tahun 1973 . Mereka merupakan pelajar - pelajar perintis sekolah ini yang berasal dari negeri - negeri seperti Pulau Pinang , Perak , Kelantan , Terengganu , Melaka , Selangor dan Sabah . Jumlah pelajar perintis ini adalah kira - kira 380 orang . Sementara guru - guru yang ditugaskan berjumlah 19 orang . Pada tahun 1974 , jumlah pelajar telah bertambah menjadi 615 orang iaitu dengan kemasukan pelajar - pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat yang baru . Serentak dengan itu juga bilangan guru juga bertambah menjadi 43 orang . Pada tahun 1975 , barulah sekolah ini mempunyai pelajar- pelajar dari semua tingkatan , Tingkatan Satu hingga Tingakatan Enam Rendah dengan jumlah seramai 752 orang pelajar dan dibantu oleh 45 orang guru .

Pada tahun 1977 , SMSTSSS mula menempatkan pelajar- pelajar Matrikulasi Universiti Sains Malaysia , Pulau Pinang , seramai 101 orang . Dengan itu juga , SMSTSSS tidak lagi menawarkan kelas Tingkatan Enam kepada pelajar - pelajarnya . Mulai tahun 1996 , SMSTSSS juga telah memulakan aliran teknikal iaitu dengan menawarkan mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan dan Lukisan Kejuruteraan . Dalam tahun yang sama juga , mata pelajaran Bahasa Perancis mula diperkenalkan kepada pelajar - pelajar Tingkatan Satu .

Menjelang 1 Januari 1999 , SMSTSSS telah terpilih sebagai perintis perlaksanaan program Sekolah Bestari yang turut disertai 89 buah sekolah diseluruh Malaysia . Mata Pelajaran yang terlibat ialah Bahasa Malaysia , Bahasa Inggeris , Matematik dan Sains . Sekolah Bestari adalah menggunakan sepenuhnya peralatan dan kemudahan teknologi maklumat sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran .

Pada 2 April 1982 , tepat jam 4.30 Petang ,bermulalah satu lagi detik bersejarah yang cukup bersejarah bagi sekolah ini keranan di saat itu telah berlangsung upacara perasmian pembukaan sekolah ini serta penukaran nama barunya iaitu daripada Sekolah Menengah Sians Pulau Pinang kepada Sekolah Tun Syed Sheh Shahabudin . Dengan izin Allah, upacara yang gilang gemilang telah dapat disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato` Dr. Sulaiman Daud , Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu . Pada tahun 1995 , sekali lagi penukaran nama sekolah ini telah dilakukan iaitu meletakkan perkataan " Sains " menjadi Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin seperti yang kita kenali sekarang ini . Pada 11 Mei 1997 , sekali lagi sekolah ini mencatatkan sejarahnya yang tersendiri iaitu buat pertama kalinya sebuah persatuan bekas - bekas pelajar SMSPP , STSSS dan SMSTSSS telah ditubuhkan secara rasmi .Antara tenaga peneraju utama SMSTSSS ( SMSPP ketika itu ) ialah En . Memuji bin Koso . Beliau memulakan perkhidmatannya pada awal 1974 selepas En . Harun bin Hassan bertukar pada 1 Februari 1974 . Pada 15 Ogos 1976 , teraju kepimpinan SMSTSSS telah diambil alih oleh Tuan Haji Mohd . Ariff bin Rahmat . Jawatan Pengetua kemudiannya disandang oleh Tuan Haji Abdul Halim bin Othman pada 16 Julai 1982 . Mulai 1 Disember 1990 , jawatan pengetua telah disandang oleh Tuan Haji Wan Min bin Wan Din , seterusnya mulai 16 Disenber 1994 , kepimpinan SMSTSSS telah diterajui oleh Tuan Haji Zainuddin bin Haji Abdul Kadir . Kemudian jawatan pengetua telah disandang oleh Tuan Haji Ngazizan bin Haji Din , mulai 16 November 1995 hinggalah sekarang